Ya Allah Erah … Satu keluarga sekaligus diri mu pergi dijemput ilahi (6Gambar)

Segamat : Lima sekeluarga pergi serentak, Muhammad Abu Dujanah Dzulkrinain dan isteri nya yang dikenali dengan nama Zinn Erah temui ajal kemalangan petang tadi.

Turut terkorban 3 lagi termasuk seorang bayi lelaki pasangan itu selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 176 Jalan Segamat-Labis berhampiran Kampung Melayu Raya di sini, kira-kira jam 6 petang tadi.

Isteri kepada Muhammad Abu Dujanah merupakan stockis produk kecantikan di Kluang, mangsa yang dikenali dengan nama Zinn Erah amat dikenali dan mempunyai ramai kenalan.

Permergian tragis nya sekeluarga petang tadi mengudang pilu rakan-rakan nya yang masih tidak percaya yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu Zinn Arah dan Keluarga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baharu Segamat, Mohd Aizah Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.11 petang tadi.

“Dua jentera termasuk sebuah ambulans bomba bersama seorang pegawai dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi terbabit. Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati pemandu dan penumpang tersepit dalam Perodua Viva berkenaan.

“Pihak bomba menggunakan peralatan pemotong khas bagi mengeluarkan semua pemandu dan penumpang yang tersepit dalam kereta terbabit.

“Empat penumpang di dalam kereta terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi ketika dalam perjalanan ke hosital,” katanya.¬† Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *