Terbujur dijalan .. Shahrul maut motosikal dirempuh kereta Doktor (6Gambar)

Setiu : Tidak disangka perjalanan Shahrul Affandi memboceng motosikal rakan bertukar tragedi apabila dia muat motosikal yang dibonceng nya dirempuh kereta.

Dalam kejadian malam tadi dua pemuda maut dan tiga cedera dalam kemalangan di Kampung Saujana, kilometer 68 Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja, di sini malam tadi.

Mangsa seorang tukang kebun, Mat Shaidiey Nik Mat, 23, dari Kampung Bukit Maras, di sini dan Mohammad Shahrul Affandi Abdullah, 21, dari Kampung Banggol, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Setiu Supt Zulkifli Mat Deris berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira 9.15 malam tadi itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna dan dua motosikal.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Alza dari arah Kuala Terengganu melanggar dua motosial iaitu jenis Honda Dash dan sebuah lagi belum dikenal pasti sehingga terkeluar dari simpang sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, sebuah daripada motosikal terbabit telah terbakar,” katanya selepas dihubungi Bernama pagi ini.

Penunggang dan pembonceng motosikal Honda Dash yang berusia 23 dan 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan teruk pada kepala.

Zulkifli berkata, keadaan jalan yang basah selepas hujan dan gelap tanpa lampu mungkin juga antara faktor kemalangan berkenaan.

“Pemandu kereta yang juga seorang doktor cedera pada tangan dan kaki, manakala penunggang dan pembonceng motosikal berumur 19 dan 20 tahun yang masih belum dikenal pasti itu luka pada dagu, badan, tangan dan kaki.

Manakala tiga lagi penumpang kereta berusia 11, 14, dan 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *