Tenang lah disana adik .. Kepala Syairah berpisah dari jasad dihiris pembahagi jalan (6Gambar)

Nilai : Jika sudah ajal, seorang wanita maut dalam keadaan mengerikan apabila kepala terpisah dari jasad selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 46.4, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang dikenali dengan nama Syairah berusia ,22, maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan.

Dia tercampak dari kereta nya lalu leher terkena besi penunjuk arah jalan menyebabkan kepala mangsa terputus dari badan.

Abang mangsa meluahkan rasa sayu dilaman sosial nya apabila foto ngeri kemalangan adik nya viral dia memohon netizen hentikan penyebaran hormatilah adiknya si mati dan keluarga nya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd. Shaffie berkata, sewaktu kejadian, mangsa sedang memandu kereta Perodua Myvi dari arah Sepang, Selangor menuju ke arah Nilai.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kereta dipandu mangsa di lorong paling kanan terbabas sebelum merempuh pembahagi di tengah jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan wanita itu tercampak keluar dari kenderaan lalu terlanggar besi penunjuk arah jalan sehingga mengakibatkan kepala mangsa terputus dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azrul Hisham berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *