Selamat tinggal sayang .. Midi maut isteri patah kaki superbike nya kemalangan (8Gambar)

Jerantut : Seorang lelaki maut manakala isterinya  cedera dan patah kaki apabila motosikal kuasa tinggi yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan semalam.

Mangsa yang dikenali dengan nama Midi yang merupakan tauke ayam syarikat Syamidi Enterprise  maut ditempat kejadian akibat cedera parah impak kemalangan.

Manakala isteri nya yang dikenali dengan nama Ina cedera luka dan patah kaki impak kemalangan kini dirawat di Hospital Jerantut.

Mangsa yang menunggang motosikal kuasa tinggi itu bersama isteri telah bertembung dengan Hilux yang menyebabkan motosikal mangsa rosak teruk dan Hilux terbabit terbabas ke bawah bukit dalam kejadian di Kg Sempadan, sempadan Jerantut Benta.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, arwah Midi amat dikenali dan selalu menyertai konvoi motosikal kuasa tinggi.

Semalam adalah perjalanan terakhir nya bersama isteri tersayang dan motosikal kesayangan mungkin sudah ajal arwah sebegitu semoga rohnya dicucuri rahmat dan isterinya tabah. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *