Rehat lah tunang tersayang .. Nyawa Ayus di ragut Estima cuai Pusing U mengejut (8Gambar)

Johor Bharu : Akibat kecuaian orang lain nyawa Muhammad Yusmadi Mohd Nizam atau lebih dikenali dengan panggilan Ayus maut.

Ayus berusia 25 tahun maut selepas motosikalnya merempuh kereta yang membuat pusingan U di kilometer 80 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam, Kluang, Johor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, dalam kejadian 4.15 petang itu, Muhammad Yusmadi Mohd Nizam dari Kampung Baru Simpang Renggam, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang berseorangan dari arah Jalan Machap menghala ke Simpang Renggam.

 

“Setiba di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan di hadapannya sebuah Toyata Estima membuat pusingan U.

“Akibat jarak terlalu dekat, penunggang motosikal melanggar sisi kanan kereta itu menyebabkan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mengikut saksi kereta tersebut dari negara seberang tambak yang memandu melulu dan membuat pusingan U di kawasan garisan kuning dan tidak dibenarkan memotong.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa yang berlaku mengundang pilu keluarga dan insan yang rapat dengan nya, Ayus sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah kini segala hasrat dan keinginan tidak kesampaian.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana dan pemandu yang cuai terbabit dikenakan tindakan sewajar nya. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *