Rakam selfie sebelum di telan ombak .. Doa buat adik Hafiz (6Gambar)

Rompin : Adik Nik Hafizuddin Nik Aziz,12, begitu gembira dan teruja berada di Pantai bersama rakan-rakan nya untuk mandi.

Dia sempat merakam foto selfie di pantai dan dimuat naik kelaman Instagram nya dengan caption yang agak sedih.

Ketika sedang mandi bersama rakan-rakan Hafiz hilang dari pandangan ditelan ombak yang menyebabkan rakan-rakan mereka panik dia lenyap ditelan ombak.

Akhbar melaporkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Kuala Sungai Pontian, Kuala Rompin, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, berkata kanak-kanak itu dikenali sebagai Nik Hafizuddin Nik Aziz, yang berasal dari Kampung Parit Raja, Pontian, di sini.

“Kanak-kanak berkenaan didapati mandi bersama rakan-rakannya di pantai berkenaan sebelum dilaporkan hilang.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin menerima panggilan yang memaklumkan kejadian itu pada jam 3.45 petang.

“Sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat. Operasi turut membabitkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM),” katanya, di sini, hari ini.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak berkenaan berdepan kesukaran berikutan arus ombak yang kuat menyebabkan pasukan penyelamat tidak dapat pergi ke tempat lebih dalam.

Operasi berkenaan ditamatkan kira-kira jam 7 malam tadi dan akan disambung semula esok, semoga pencarian hari ini dipermudahkan.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *