Pegawai Exco Perak isteri adik maut kereta diseret lori terbenam dalam paya (8Gambar)

Teluk Intan : Kereta dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin hilang kawalan bertembung dengan lori sebelum kereta tersebut diseret masuk kedalam paya yang berair menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut.

Identiti  tiga mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Memali di Bota, pagi ini dikenal pasti sebagai Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, isterinya, Norhaslina Abdul Razak, 27 dan Nor Azira Ahmad Azzudin, 24.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, pasangan suami isteri dan adik perempuan mereka menaiki Proton Saga yang dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Muhamad Zainal Abdullah berkata, kereta dipandu mangsa yang juga pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin dari arah Kampung Gajah menghala ke Teluk Intan.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian kereta mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam parit berair di sebelah kiri menghala ke Kampung Gajah,” katanya.

Mohamad Zainal berkata , akibat kemalangan itu ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

ŽKatanya, pemandu lori berusia 25 tahun ditahan dan diambil sampel darah dan air kencing untuk tindakan lanjut.

Semoga keluarga mereka tabah sungguh targis cara permergian nya semoga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *