Meraung minta tolong sebelum rentung terbakar .. Ajal Rusdi disaksikan isteri (8Gambar)

Johor Bharu : Sungguh targis apa yang berlaku suami tercinta tersepit ditempat duduk dan gagal keluar dari kereta  laporan awal mungkin dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan berat atau pun kerosakan teknikal.

Api marak dari kereta menyebabkan Rusdi gagal keluar dari kereta dalam kejadian awal pagi itu, mengikut saksi yang berada di tempat kejadian hanya 1 kereta dan lori 1 tan sahaja yang berhenti dilokasi kejadian untuk menyelamatkan isteri mangsa dan anak manakala Rusdi gagal keluar dan gagal diselamatkan mungkin tersepit sebelum rentung terbakar.

Anak pasangan ini yang berusia 1 tahun lebih jadi yatim sekelip mata selepas bapanya rentung dalam satu kemalangan di KM41 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Nuraisha Sofiah Muhammad Rusdi, 1 tahun lebih  bersama ibunya, Salwa Atasa Arani, 30, hanya mengalami kecederaan sementara mangsa yang terbunuh adalah Muhammad Rusdi Yakob, 29.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kulai (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu kira-kira jam 6.02 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, memang berlakunya satu kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang sedang terbakar. Kebakaran itu juga didapati memusnahkan seluruh kenderaan.

“Mayat mangsa ditemui di kerusi pemandu selepas bomba selesai menjalankan operasi pemadaman. Kami percaya mangsa gagal meloloskan diri daripada kenderaan itu kerana terperangkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, punca sebenar kemalangan belum dikenal pasti selain diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Semoga isteri ini tabah apa yang berlaku semoga roh suami nya tenang disana, amat perit apa yang berlaku isteri ini kehilangan suami tercinta ayah pada anak kecilnya. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *