Hang dah p dulu mael .. jasad terbujur kaku dijemput ilahi malam jumaat (6Gambar)

Melaka : Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang nya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian malam tadi di di Simpang Bacang @Tmn Rumpun Bahagia Melaka.

Mangsa yang dikenali dengan nama Syafiq Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mael dikalangan rakan-rakan nya semasa belajar di USAS maut ditempat kejadian impak kemalangan.

Apa yang berlaku mengudang pilu keluarga terutama kakak nya serta rakan-rakannya yang menyifatkan arwah insan yang sangat baik dan disenangi ramai.

Luahan sayu rakan arwah – Syafiq Ismail dah pergi tinggalkan kita… Sumpah aku cakap… Ini antara kawan yang paling aku manja dan saling gurau sama… Hang dah p dulu mael… Kita tak sempat nak jumpa pun haritu waktu konvo tahun ni tak sempat… Tapi kita dah decide nak jumpa waktu lain… Tapi hang dah p dulu tinggalkan kami..

Antara bekas pelajar USAS yang cukup lembut dan buat gurauan yang tak lekang senyuman dari dia..

Aku tak tipu.. Sapa yang mula nak kenai dengan dia pun jenis senang nak buat kawan.. Dan once dia kenai hang… Dia takkan lupa hang… Tu lah kawan aku nama mael ni… Aku akan rindu usikan dengan gurauan hang mael.. Kehilangan kawan yang sangat2 baik ni… Sebak dia lain macam…

Semoga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat dan segala urusan jenazah dipermudahkan -Azim Kaeyum

Luahan sayu kakak arwah – Bukan mudah untuk menerima kehilangan orang yang kita sayang. Adikku Syafiq Ismail , tenanglah dikau disana. Terlalu banyak kenangan dengan Mail. Akhirnya, segala kesedihan, keperitan sudah terlerai. Berakhirlah sudah. Bermulanya kehidupan yang baru disana.

Akak tak percaya Mail dah takde. Berkali-kali akak telefon hp Mail. Akhirnya ada jugak yang jawab. Inspektor Naim bagitau, Mail kemalangan dengan lori yang nak masuk simpang. Akak rasa terawang-awang. Betul ke adik aku dah takde?.

Tak mampu nak lelapkan mata. Betul la kata orang, bunga yang cantik, pasti akan dipetik dulu. Ramai yang sayang Mail. Semua cakap Mail baik, rajin solat kat masjid, selalu tolong orang. Depa ingat jasa baik Mail. Maafkan akak tak dapat hadir mengiringi perjalanan terakhir hidupmu.

“Mail sayang akak”. Ayat yang selalu mail cakap kat akak. Bukan aku tak sayang -Miela Alli

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib insan yang baik disayangi keluarga dan disenangi rakan-rakan telah pergi selamanya semoga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *