Foto selfie terakhir 3 beradik di KLIA .. maut lepas hantar ayah ibu pergi umrah (6Gambar)

Kuantan : Mereka begitu gembira berselfie bersama di Airport KLIA sebelum ibu ayah serta seorang lagi adik beradik mereka berlepas ke Tanah suci.

Tidak disangka itu lah foto-foto kenangan untuk mereka bertiga bersama keluarga sebagai kenangan terakhir sebelum pergi buat selama nya terbujur kaku kemalangan.

Akhbar melaporkan perjalanan tiga adik-beradik selepas menghantar ibu bapa mengerjakan umrah berakhir tragedi, apabila ketiga-tiganya maut dalam kemalangan, di Kampung Batu Putih di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir, 14.

Mangsa cedera dalam kemalangan itu pula ibu saudara mereka, Salma Ibrahim serta anaknya, Nurul Aliyani Zawawi yang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ibu saudara mereka yang hanya mahu dikenali sebagai mama, berkata kelima-limanya dalam perjalanan pulang dari Melaka, ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.

Khamis lalu, katanya, mereka menghantar ibu bapa serta adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus ke Melaka untuk melawat saudara.

“Saya mendapat tahu mengenai kejadian ini, kira-kira jam 7 pagi selepas dihubungi oleh Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan mereka yang termasuk ke longkang besar di tepi jalan. Dia beritahu kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 pagi.

“Dia beritahu saya, tiga adik beradik itu sudah meninggal dunia dan dia hanya dapat keluar selepas dua jam bergenang dalam air. Ibunya (Salma) dapat dikeluarkan tidak berapa lama selepas itu.

“Luluh hati saya sebaik mendengar berita itu. Tidak tahu macam mana hendak beritahu ibu bapa mereka yang sedang mengerjakan umrah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTAA di sini, pagi tadi.

Mengikut maklumat awal diterima daripada ahli keluarga, ibu bapa kepada mangsa dikenali Wan Kamaruzzaman dan Rosnani Ibrahaim manakala adik perempuan dikenali, Wan Nor Aqilah yang sedang mengerjakan umrah.

Bagaimana lah perasaan Ayah dan Ibu mereka bila mendapat tahu 3 anak-anak nya telah pergi buat selamanya dijemput ilahai semoga mereka tabah. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *