Dua adik maut depan mata .. Ustaz Hakimi kritikal tak sempat beli alatan sekolah adik (8Gambar)

Kota Bharu : Hasrat Ustaz Muhammad Hakimi Mohd Ramli ,25,  yang baru balik dari Mesir malam semalam membawa adik-adiknya mengajar di madrasah berdekatan dan selepas itu ingin membawa adik-adiknya membeli peralatan persekolahan tidak kesampaian.

Ustaz Hakimi telah terlibat dalam kemalangan di Chicha Kubang Kerian  malam tadi beliau dalam keadaan kritikal dan terdapat pendarahan di kepala kini dirawat di HUSM manakala dua adik nya meninggal dunia ditempat kejadian.

Fitri Aziz bin Mohd Ramli,13,  Hamdan Syakirin bin Mohd Ramli,11, meninggal dunia ditempat kejadian, akibat cedera parah impak kemalangan terbabit.

Ibu ke tiga beradik ini Ustazah Siti Fatimah merupakan tenaga pengajar di Maahad Muhammadi Perempuan tiba ditempat kejadian dalam suasana yang sungguh memilukan namun dilihat ibu itu tabah menghadapi dugaan yang amat berat buat nya.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib sekelip mata 2 beradik ini pergi dan abang nya yang baru bersama kelurga di kampung setelah pulang dari tempat belajarnya di Mesir kini bertarung nyawa di Hospital, semoga Ustazah Siti Fatimah tabah. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *