Doakan adik Athirah kini kritikal .. anak ke 3 ini yatim piatu sekelip mata (6Gambar)

Segamat : Nur Ghaziyah Athirah ini baru berusia 3 tahun, Semalam ibu,ayah serta 3 adik beradiknya telah dijemput ilahi kemalangan dan Athirah kini kritikal bertarung nyawa di Hospital Segamat.

Dalam kemalangan maut di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru – Seremban berhampiran persimpangan Melayu Raya, Segamat, 6 petang semalam membabitkan suami isteri dan tiga anak mereka serta beralamat di No 2, Jalan Ilham 42, Taman Ilham, Kluang. Mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Abu Dujanah Dzulkrinain, 30 dan isterinya, Zinnirah Abdul Hamid, 28.

Tiga anak mereka dikenal pasti sebagai Nur Maghfirah, 6,Muhammad Abu Ajwad, 4, dan Nur Alia Humairah berusia tiga bulan.

Suami isteri itu dan Muhammad Abu Ajwad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Nur Maghfirah dan Nur Alia Humairah meninggal dunia di Hospital Segamat.

Zinnirah selalu menulis status mengenai nyawa dan panjang umur dilaman sosialnya dua hari berturut status tersebut ditulis, ini mengundang pilu rakan-rakan dan keluarga yang mengenali dirinya, dia seseolah tahu ajal nya.

Sama-sama kita doakan agar adik Athirah cepat sembuh, amat perit dugaan untuk nya yatim piatu sekelip mana moga roh keluarganya dicucuri rahmat. Al fatihah.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *